Kenyataan Berkenaan Isu Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam ( WANG SUWA) Di SJKC
1. Bahagian Akaun, KPM telah mengeluarkan surat siaran pada 23 Mei 2008 untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir semua aliran sekolah di bawah pentadbiran KPM berkaitan Tatacara Pengendalian Akaun Bank Bagi Sekolah, Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Institusi Pendidikan Guru (IPG).
2. Antaranya surat tersebut menyatakan bahawa menurut arahan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( JANM), kuasa menandatangani cek hanya boleh diberikan kepada pegawai melalui kuasa tetap. Pegawai-pegawai berkenaan adalah :
i. Pengetua / Guru Besar (wajib)
ii. Penoong Kanan (Pentadbiran ) / Guru Kanan
iii. Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) / Guru Kanan
iv. Penolong Kanan (Kokurikulum) / Guru Kanan
3. Peruntukan Kuasa Tetap ini hendaklah dipatuhi oleh semua sekolah, termasuk sekolah- sekolah Bantuan Kerajaan yang mempunyai Lembaga Pengelola.
4. Arahan tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang hati dan tindakbalas membantah arahan tersebut dari kalangan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJKC.
5. Keadaan ini disebabkan daripada 1291 buah SJKC di seluruh pelusuk negara, 401 buah adalah merupakan Sekolah Kerajaan dan bakinya 890 buah adalah Sekolah Bantuan Kerajaan. Latarbelakang penubuhan sekolah, amalan dan tradisi pentadbiran dan pengurusan sekolah serta peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 juga membezakan status SJKC yang agak unik dan berbeza berbanding sekolah-sekolah aliran lain.
6. Senario ini juga melibatkan pengurusan dan pengawasan Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam ( Wang SUWA) dalam Sistem Perakaunan Sekolah di SJKC. Menurut hasil tinjauan yang dikemukakan oleh pihak Kesatuan Guru-Guru Besar Malaysia yang dilakukan pada awal tahun 2008, daripada 987 buah SJKC yang memberikan maklumbalas, kedudukan adalah seperti berikut :
i. 134 buah SJKC melibatkan Pengerusi LPS secara langsung dalam menandatangani cek sekolah yang melibatkan Kumpulan Wang Sumbangan Wang Awam
ii. 96 buah SJKC meletakkan Pengerusi LPS sebagai salah satu pihak yang boleh menurunkan tandatangan di atas cek sekolah tersebut dalam contoh tandatangan di bank, tetapi tidak pernah menandatangani cek sekolah
iii. SJKC yang lain tidak langsung melibatkan LPS dalam pengendalian dan pengurusan akaun dan cek sekolah
Berpandukan kepada scenario di atas, arahan tersebut telah dibantah oleh pihak LPS dan menjadi isu di SJKC.
7. Atas persetujuan dan sokongan YB Menteri Pelajaran Malaysia, saya telah mengarahkan pegawai-pegawai KPM mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Malaysia pada 19/09/08 dan 08/10/08 untuk mencari pendekatan dan jalan penyelesaian agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
8. Setelah meneliti dan mendalami tradisi dan latarbelakang SJKC serta mendapat gambaran yang menyeluruh tentang penubuhan dan pengurusan SJKC, mesyuarat telah memutuskan bahawa surat siaran Bahagian Akaun, KPM pada 23 Mei 2008 tidak sesuai dan paktikal dikuatkuasakan di SJKC. Bahagian Akaun, KPM juga akan mengeluarkan notis pembatalkan surat siaran tersebut untuk makluman dan tindakan semua pihak SJKC.
9. SJKC boleh menggunakan dan mengikuti amalan yang sama sebelum menerima surat siaran tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------
KP AK SEK/502-12/1(14)
30 October 2008
Tatacara Pengendalian Akaun Bank Suwa Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan
Dengan hormatnya saya merujuk kepada para 2.3 surat pejabat ini,KP.AK.PK/300-1/6(3) bertarikh 23 Mei 2008 dan memaklumkan bahawa kuasa menandatangani cek-cek Akaun Suwa Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan yang mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah sebelum ini akan dikekalkan.Oleh itu,peruntukan kuasa tetap di para 2.3 itu tidak lagi berkaitan dengan sekolah-Sekolah berkenaan.
2.Kerjasama tuan dipohon untuk memanjangkan perkara ini kepada PPD dan sekolah yang berkenaan.
Sekian,terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------------------------
KP AK SEK/502-12/1(15)
14 November 2008
Kuasa Tanda Tangan Cek Akaun SUWA,SJKC
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat pejabat ini KP.AK.SEK/502-12/1(14) bertarikh 30 Oktober 2008 dan memaklumkan bahawa kuasa menandatangani cek ¨Ccek Akaun SUWA,SJKC oleh ahli Lembaga Pengelola Sekolah masih dikekalkan.
2.Kerjasama tuan dipohon untuk memanjangkan perkara ini kepada PPD dan sekolah yang
Berkenaan.
Sekian ,terima kasih.
Disediakan okeh:
Pejabat Timbalan Menteri 1